Pada sesi tazkirah sy dlm majlis bacaan yaasin dan tahlil yg lepas sy telah menyorot kembali peristiwa2 kematian yg telah berlaku pd akhir tahun 2006 yg melibatkan sy dan kenalan di sini, pertama sekali kakak kpd Kak Nafisah jiran terdekat sy, slps itu diikuti dgn bapa saudara sy di P. Mas Kel. kemudian sy dijemput utk mengendalikan tahlil oleh Ezna utk neneknya yg meninggal di kg dan seluruh warga malaysia di Oxford dikejutkan pula dgn kematian Allahyarham Amir anak kesayangan Amin dan Cat. Sungguh memilukan.
Dlm menghadapi situasi begini, satu persoalan besar yg selalu bermain difikiran sy ialah aku bila pulak? Juga persoalan2 lain mengikuti, seperti cukupkah amalanku pdNYA? Cukupkah sumbanganku pd Islam? Sempurnakah tanggungjawabku pd keluarga? Cukupkah sumbanganku pd masyarakat dan negara? Dan yg paling penting adakah aku hidup berdasarkan prinsip amar ma'ruf dan nahi mungkar. Ini yg paling merisaukan aku kerana tugas ini ialah amanah yg wajib dipikul oleh setiap manusia yg bergelar muslim. Fuuh!
Maksud firman Allah swt : "Setiap yg bernyawa pasti akan menemui mati, daripadaNYA engkau dtg dan kpdNYA engkau kembali." ( Ali imran 185 )
Jika kita faham maksud kata2 Allah swt di atas maka kita mesti tahu tindakan apa yg kita perlu lakukan kpd Allah, Rasulullah, keluarga, masyarakat dan negara. Sbb itulah org yg lalai akan lupa tanggungjawab2 yg diwajibkan ke atas mrk sebgi muslim, ini yg menyedihkan dewasa ini. Muslim sudah lupa tanggungjawab2 ini. Sesetgh drpd mrk tdk byk beza dgn non muslim. Mrk tdk solat, mrk tdk ke masjid, mrk berjudi, memakan makanan yg was2 dan haram, mrk tdk menjaga pergaulan, berkhalwat dan berzina dll. Muslim juga lalai dlm menunaikan tanggungjawab mrk terhadap masyarakat dan negara, seperti menyuruh yg ma'ruf dan mencegah yg mungkar. Situasi ini sgt membimbangkan.
Umat Islam hari ini kurang beribadah, kurang belajar ttg islam samaada dr sudut aqidah maupun fekah, mrk tdk mempelajari dan melupai cara hidup yg diajar oleh Rasulullah saw. Akhirnya individu dan masyarakat Islam tdk mempunyai kekuatan ruh sepertimana tentera Islam semasa peperangan Badar seramai 313 org dpt mengalahkan tentera kafir seramai 1000 org lebih. Bg sy kelemahan muslim sekrg tdk lain dan tdk bukan adalah kerana kelemahan iman dan ruh Islam yg semakin hari semakin tenat. Akhirnya kita dipandang hina olehNYA. Nauzu billahi min zalik.
Di atas kesedaran inilah sy bertindak utk meneruskan prog2 agama, kelas al-Quran dan tazkirah2 sy samaada secara nyata atau maya. Juga dpt memupuk sunnah Rasul saw dgn beribadat secara berjamaah dan merapatkan ukhuwwah islamiyyah dikalangan masyarakat Malaysia di sini. Biarlah ukhuwwah yg dibina berasaskan Allah swt, Islam, Yaasin, al-Quran, solat, tahlil, doa dan tazirah. Jika inilah asas yg diambil oleh setiap muslim dlm menjalinkan hubungan silaturrahim, insyaAllah ukhuwwah yg terbina diberkati Allah swt dan dipelihara drpd mungkar dan dosa. Semoga kerja yg mulia ini mendpt sokongan dr semua warga Malaysia di Oxford UK.
Marilah kita ingatkan diri kita dgn maksud firman Allah swt : "Apabila sudah sampai ajal seseorg itu maka ia tdk lewat atau cepat walau sesaat". Oleh itu hendaklah kita praktikkan prinsip ini; berkerjalah kita bersungguh2 seolah2 kita akan hidup seribu tahun dan beribadahlah kita bersungguh2 seolah2 kita akan mati esok.
Akhirnya, kpd semua saudara2 sy di sini, dtglah ke prog2 agama utk beribadah bersama2 dan beristiqamahlah serta ambillah pengajaran dr tazkirah yg disampaikan. Jgnlah kita leka sehingga sampai waktunya Allah swt dan Izrail menjemput kita ke sana. Al Fatihah.
Akhirnya, kpd semua saudara2 sy di sini, dtglah ke prog2 agama utk beribadah bersama2 dan beristiqamahlah serta ambillah pengajaran dr tazkirah yg disampaikan. Jgnlah kita leka sehingga sampai waktunya Allah swt dan Izrail menjemput kita ke sana. Al Fatihah.