Monday, January 01, 2007

Eidil Adha Di Oxford 2006

(Gambar dari http://fakrul.fotopages.com)
Bergambar Kenangan Eidil Adha di Common Room Summertown House
Alhamdulillah, Hari Eidil Adha pd tahun ini berjln dgn penuh kesederhanaan dan keberkatan serta kemeriahan dan kegembiraan. So utk entry kali ni sy cuma nak bincang beberapa perkara yg sy telah sebut dlm khutbah Eidil Adha yg lalu. Semoga ia dpt menjadi satu tazkirah kpd sy dan semua pembaca blog ini.

Hafiy & Hannan Bersedia Untuk Solat Eidil Adha

  • Perkara pokok yg di bincangkan di dlm khutbah kali ini ialah ttg perngorbanan N. Ibrahim a.s dan keluarganya yg merupakan pengorbanan yg sebenar dlm Islam. Yg bererti menyerah diri kpd Allah swt shj dgn ikhlas dan menolak syirik dlm segala bentuk dan rupa. Jika dibandingkan dgn masyarakat kita hari ini, kita telah terjebak dlm berbagai syirik samaada yg kita sedar ataupun tdk.
  • N. Ibrahim a.s sanggup menolak segala ketuhanan dan kuasa yg lain drpd Allah yg maha esa, samaada patung berhala yg dipuja atau kerajaan Namrud yg berlagak menjadi tuhan dgn mengadakan undang2 rekaan sendiri tanpa mempedulikan syariat Allah swt. Sehingga beliau dibakar di dlm api yg besar.
  • N. Ibrahim juga diuji dgn diperintahkan menghantar isteri yg dicintai dan anak kesayangannya ke Makkah yg pd ketika itu kering kontang, tdk ada air atau tanaman dan tdk ada manusia yg hidup di situ.
  • Tdk cukup dgn itu N. Ibrahim diuji lg oleh Allah swt agar menyembelih anaknya N. Ismail a.s, beliau patuh dgn arahan Allah swt, akhirnya Allah swt mengarahkannya menggantikan dgn kambing biri.

Demikianlah ujian2 yg menimpa N. Ibrahim a.s.

Seronoknya Kanak2 Oxford Beraya

Maksud firman Allah swt : ......" Adakah manusia mengira bahawa mrk dibiarkan begitu shj apabila mrk berkata : "kami telah beriman". Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mrk........ " ( al-Ankabut ayat 2 ).

Sebagai seorg muslim kita perlu sedar bahawa kita belum boleh mengaku yg kita sudah beriman dgn sebenar2 iman selagi iman kita belum diuji. Sebenarnya iman kita diuji setiap hari, cuma org yg benar2 beriman pdNYA dpt mengatasi ujian ini dan yg lemah imannya akan tewas dgn ujian2NYA. Antara contoh ujian Allah yg sentiasa berlegar di sekitar kita ialah solat, bolehkah kita menunaikan kewajipan ini 5 kali sehari, ia amat mudah dilakukan oleh org yg benar2 beriman, tp amat susah bg yg sebaliknya. Bolehkah kita solat walau dlm apa keadaan sekalipun, seperti apabila kita melancong atau keluar berjln2 atau membeli belah, sewaktu bekerja, dlm sesuatu program atau aktiviti, atau apabila kita bersama2 dgn non muslim. Biasanya dlm situasi begini agak susah bg sesetengah individu muslim utk bersolat.

Tp bg yg benar2 beriman dan yakin dgn Allah swt mrk akan tetap melakukannya walau dlm apa jua keadaan sekalipun, apalagi apabila berada di luar negara (negara bukan Islam), hatta dlm kereta, baby changing room, disabled toilet, car park, di tepi motorway, corridor, dlm flight, changing room pusat2 membeli belah dan sebagainya, mrk tetap menunaikan solat. Inilah kehebatan Muslim yg sebenar. Tp amatlah malang bg sesetgh muslim yg gagal melepasi ujian ini.

Semoga DIA menguatkan keimanan kita kpdNYA dlm menghadapi apa jua ujian drNYA. Amin.



Kaum Ibu Beraya Sakan


Kaum Bapa Bersembang Boleh Tahan