Selama 7 tahun sy telah berkhidmat di 4 buah sekolah menengah di Malaysia dan sy telah pun dianugerahkan dgn anugerah perkhidmatan cemerlang pd thn 2004 bg hasil kerja sy utk tahun 2003 serta sy juga telah berjaya menamatkan ijazah sarjana Pendidikan Bahasa Arab sy di UKM pd bulan April 2005. Akhirnya bermula 1 Mei 2005 sy terpaksa bercuti tanpa gaji utk memberi peluang kpd isteri tersayang menyambung pelajarannya (PHD)di Oxford ini. Bukan senang utk sy membuat keputusan ini, tetapi setelah berbincang bersama dgn isteri dan mendapat biasiswa dr Telekom Malaysia yg sy rasa agak lumayan berbanding biasiswa2 lain, sy bersetuju demi kebaikan isteri, anak2 dan juga diri sy sendiri.
Bukan senang utk sy bercuti dr kerja sy, sbb kerjaya yg sy pilih adalah kerja yg sy sgt minat, mmg dr dulu mengajar merupakan pilihan pertama sy. Sbb itulah sy tak pernah gagal di mana shj sy bertugas. Sebelum sy ke sini sy telah ditawarkan mengajar oleh pengetua2 sekolah berasrama penuh di N. Sembilan dan Selangor iaitu Sekolah Alam Shah, Sek. Men. Agama Persekutuan Labu dan Sek Dato' Abd Razak. SMK Cyberjaya juga yg merupakan sek terakhir sy telah memberi jaminan tempat kpd sy sekiranya sy ingin kembali kpd mrk. Tetapi bila dah sampai ke Oxford ni dan telah berada di sini selama 1 tahun 7 bulan sy dah pun ada beberapa plan sy sendiri, semuanya masih menjadi rahsia sy dan isteri, sy taknak dedahkan dahulu sbb takut menyinggung perasaan beberapa pihak yg berminat dgn sy.
Kalau org yg memahami sy, mrk akan tahu betapa hebatnya rindu sy pd kerjaya guru. Sebak di dada bila mengingatkan kenangan2 sy selama 7 tahun di sek. Sy sgt menyayangi kerja sy, rakan2 guru dan semua bekas murid sy di semua sek men yg sy pernah mengajar. Semoga mrk menggunakan segala nasihat dan tunjuk ajar yg telah sy berikan.
Bersambung