Seperti yg dijanjikan minggu lepas, hari ni sy sambung ttg doa tidur. Kalau minggu lepas sy menghuraikan ttg doa sebelum tidur, kali ni sy nak jelaskan mengenai maksud doa selepas bangun tidur.
Doa selepas tidur "Alhamdulillahillazi ahyana ba'da ma amatana wailaihin nusyur", ertinya : Segala pujian bagi Allah swt yg menghidupkan kami selepas kami dimatikan dan kpdNYA kami akan kembali.
Jika kita lihat pd erti doa di atas, maksudnya sgt mendalam. Islam mengajar kita bersyukur di atas setiap perkara yg berlaku. Pagi2 lg bila bangun tidur kita digalakkan mengucapkan alhamdulillah, sebagai tanda kita seorg muslim yg sentiasa bersyukur dgn setiap kurniaan Allah swt. Lihatlah pd erti doa tersebut, kita bersyukur (berterima kasih) pdNYA kerana telah menghidupkan kita setelah kita dimatikan (tidur) semalam.
Bayangkan sekiranya kita dimatikan (tidur) semalam dan kita tidak dihidupkan semula pagi ini. Cukupkah bekalan amal ibadah kita utk bertemu Allah swt? Adakah kita benar2 beriman pdNYA? Adakah kita hidup berlandaskan syariatNYA? Berapa bykkah dosa yg telah kita lakukan? Sempatkah kita bertaubat atas setiap kesalahan yg kita lakukan pdNYA? Sempatkah kita meminta maaf kesalahan2 kita sesama manusia? Adakah kita telah berbuat baik sebaik2nya dgn kedua ibubapa kita? Tentu setiap muslim ada byk lg persoalan yg perlu dijawab. Jika jawapan kita positif mengikut kehendak Allah selamatlah kita, jika sebaliknya, na'uzu billahi min zalik.
Apabila kita tidur ruh kita akan keluar dr jasad dan semuanya terserah pd Allah swt utk memasukkan kembali ke dlm jasad kita, jika ruh tdk kembali ke jasad maka matilah kita. Sbb itulah kita disunatkan beristighfar atau bertaubat sebelum tidur dan membaca doa sebelum tidur, kerana dibimbangi apabila kita tidur ruh kita tdk kembali lg selepas itu. hanya DIA yg tahu.
Apabila kita berjaya dihidupkan kembali selepas dimatikan wajarlah kita mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran kita pdNYA. Di akhir bacaan doa selepas tidur di atas disebut kpdNYA kita akan kembali. Ayat ini mengingatkan kita bahawa apabila kita telah dihidupkan kita tdk boleh hidup sesuka hati mengikut apa yg kita suka. Kita mesti hidup mengikut apa yg Allah swt suka. DIA tuhan dan kita hamba. Kita tdk ada pilihan sendiri, pilihan yg kita ada hanyalah di dlm lingkungan pilihan2 yg telah ditentukan olehNYA. Selagi kita bergelar muslim itulah pilihan2 yg kita ada.
Akan tetapi sekiranya kita memahami Islam secara mendalam kita akan dapati pilihan2 yg disediakan olehNYA terlalu byk dan semuanya memudahkan kita dan memberi byk kebaikan dan kelebihan kpd kita, hanya yg jahil ttg Islam shj merasakan hidup mrk terkongkong dan tdk bebas sekiranya mrk hidup secara Islam. DIA yg mencipta kita dan alam dan sudah semestinya DIA amat tahu apa yg baik dan apa yg buruk utk kita semua.
Marilah sama2 kita mengamalkan doa sebelum dan selepas tidur dan mengamati dgn mendalam maksud doa2 tersebut. Semoga kita semua akan tidur dgn nyenyak dan lena selepas kita mengetahui tujuan sebenar hidup kita dan bgmnkah cara utk hidup di dunia Allah swt ini serta jgn kita lupa ke mana kita akan kembali. Wassalam.