Friday, January 10, 2014

HARI JUMAAT CUTI REHAT

JUMAAT 10/01/14

Semalam (khamis) seharian saya bekerja di Johor untuk menyiasat kes di sebuah sekolah menengah. Jam 5.30 pagi teksi dah bawa saya ke KLIA dan jam 10.30 malam teksi hantar saya kembali ke rumah. Jadi, saya dah penat dan saya perlu berehat.

Alhamdulillah, bila bangun pagi ni je badan saya dan cukup rehat. Jadi saya mulakan pagi dengan rutin ibadah seperti biasa. Bila semua dah selesai dalam pukul 7 pagi saya hantar Hannan ke sekolah dan hantar bajunya untuk sekolah petang ke tempat transit. 

Kemudian saya bersama isteri menghantar Haadin ke rumah pengasuh dan sempatlah saya bersarapan dengan isteri sehinggalah saya hantar dia ke tempat kerja di MMU Cyberjaya. Selepas selesai hantar isteri ke pejabat saya terus ke Stadium MMU untuk berjoging. Alhamdulillah dapatlah lima pusingan;)

Selesai sahaja berjoging saya memandu kereta ke pusat gimnasium untuk bertanya serba sedikit pakej yang disediakan di sana (Cyberjaya). Oklah tak mahal sangat dan lokasinya pun nampak sesuai dengan saya. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan mulakan dalam masa yang terdekat.

Selepas itu saya balik ke rumah dan urus apa yang patut di rumah dan uruskan diri sendiri. Keadaan di luar dan dalam rumah nampak tenang hari ini, maka dapatlah saya meluangkan masa untuk melakukan beberapa amalan sunat yang saya tak dapat lakukan dengan baik pada waktu bekerja. Alhamdulillah.

Selesai bermunajat padaNya saya berehat dalam bilik bacaan sambil mengadap komputer. Alhamdulillah saya amat bersyukur dengan nikmat suasana yang tenang dan nyaman yang dikurniakan Ilahi ini.

Tengahari pula saya ke masjid untuk solat jumaat dan selepas selesai solat jumaat saya akan mengambil isteri untuk makan tengahari bersama dan dapatlah kami meluangkan masa yang berkualiti bersama yang susah nak dapat kerana kami berdua sibuk bekerja. Alhamdulillah.

Tamatlah cuti rehat saya untuk hari ini ;)