Wednesday, August 17, 2011
Monday, August 15, 2011
MEMORI INDAH DI PUTRAJAYA
Tuesday, August 09, 2011
MISI MENAWAN PUTRAJAYA
Selepas dianugerahkan dengan anugerah pengurusan disiplin sekolah peringkat Putrajaya dan beberapa anugerah dan pengiktirafan lain di dalam dan di luar sekolah, juga 2 kali diri saya keluar di media perdana saya mula melihat sesuatu yang lebih besar dan hebat.

Berdasarkan pendapat dari beberapa orang pentadbir dan guru serta pelajar, hasil kerja saya dengan dibantu oleh beberapa orang guru dan pelajar telah berjaya membawa banyak perubahan positif di sekolah ini.
Jadi, saya merancang sesuatu yang lebih besar sekarang. Saya berangan-angan untuk menjadikan sekolah saya sebagai model untuk pemulihan disiplin dan sahsiah pelajar. Bagaimana?
Pada permulaan 2011 saya melihat segala perancangan saya telah berjaya. Saya telah berjaya membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang pelajar yang saya latih dengan pelbagai cara dan kaedah.
Mereka juga keliru kenapa mereka yang dipilih. Sukar untuk menjawab soalan mereka kerana hasilnya belum nampak sepenuhnya. Walaupun kejayaan telah banyak diraih namun kejayaan yang sebenar belum dicapai. Ada 5 prinsip yang saya tetapkan telah gagal dipenuhi.
Syukur alhamdulillah. Banyak pengiktirafan yang telah diberi kepada saya dan kumpulan saya pada tahun ini di dalam dan di luar sekolah. . Maka saya mengimpikan kejayaan yang lebih besar di dalam ruang lingkup yang lebih besar.
Astaghfirullah Hal 'Azim. Perjalanan perancangan saya nampak mudah di awalnya walaupun ada gelora yang melanda, tetapi ia semakin mencabar dan semakin susah sekarang ini apabila saya tewas di pertengahannya dengan gelora yang lebih besar.
Kini saya sedang membetulkan apa yang silap dan membaiki kelemahan yang ada. Saya telah menggantung seketika segala strategi saya bagi memberi laluan kepada saya dan orang lain bermuhasabah diri. Semoga keadaan akan menjadi lebih baik selepas ini.
Pelik ke? Kalau saya buat benda yang sama dengan orang lain. Kejayaannya pun mesti sama atau lebih kurang sahaja dengan yang lain-lain. Itu bukan saya. Namun saya sedar ada risiko yang besar menanti saya di mana-mana.Pada zaman kanak-kanak saya memang berjaya dalam banyak perkara dan saya berjaya mencapai kecemerlangan sebagai seorang pelajar di zaman persekolahan dan universiti. Jadi, bila saya berada di kerjaya ini saya bertekad untuk membuat yang terbaik. InsyaAllah
Kini saya berehat seketika dengan perancangan yang besar. Saya kembali fokus kepada perkara-perkara kecil. Saya melihat keadaan dan masa yang ada untuk kembali kepada peperangan dan perjuangan yang lebih besar. Bila? Saya tiada jawapannya.

Monday, August 01, 2011
RUTIN RAMADHAN 2011
Murid-muridku sekalian :
Sekadar berkongsi rutin harian ustaz sepanjang bulan puasa.
Hari Bekerja
04.30am : Mengerjakan solat-solat sunat dan zikir
05.15am : Bersahur bersama keluarga
05.50am : Ke masjid (solat subuh berjemaah)
06.10am : Membaca al-Quran
06.30am : Persiapan ke sekolah
07.00am : Di sekolah
04.30pm : Di rumah
04.45pm : Ke surau (Solat asar berjemaah)
05.15pm : Membaca al-Quran
06.00pm : Persiapan berbuka
07.30pm : Berbuka puasa dan solat maghrib
08.15pm : Membaca al-Quran
08.30pm : Persiapan untuk mengimami solat tarawih
08.45pm : Ke surau (solat isya', tarawih dan witir)
10.30pm : Berehat/membaca
11.00pm : Tidur
Hari Minggu

06.15am : Bertadarrus bersama jemaah surau
07.30am : Berehat
09.00am : Solat-solat sunat dan zikir
10.00am : Menguruskan rumah dan keluarga
12.00pm : Membaca al-Quran
01.30pm : Ke surau (solat zuhur berjemaah)
02.00pm : Membaca al-Quran
03.00pm : Berehat
04.45pm : Ke surau (solat asar berjemaah)

MURID-MURIDKU:
INI HANYA SATU RUTIN BIASA TIADA YANG ISTIMEWA
NAMUN BOLEH DIIKUTI BAGI YANG BERMINAT

Subscribe to:
Posts (Atom)