Friday, July 28, 2006

Jahatnya Yahudi Laknatullah

Dah dua minggu lebih rasanya seluruh dunia dikejutkan dgn serangan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas Palestin dan Labenon. Sungguh menyedihkan kita seluruh umat Islam di dunia. Bg sy serangan kali ini bukanlah sesuatu yg pelik jika kita perhatikan firman Allah swt yg bermaksud :

"Selama2nya tdk akan redha ke atas kamu kaum Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jejak langkah mrk". (al-Quran)

Sebagai muslim kita sepatutnya faham kenapa mrk menyerang negara Islam, selagi mrk tdk dpt menguasai negara2 Islam selagi itulah mrk mencari alasan utk menguasai negara2 Islam. Sudah tentu dunia akan menyokong mrk dan buat tak tahu shj dgn apa yg berlaku dan mrk berlakon seolah2 mrk mengambil berat tp dlm masa yg sama kuasa2 besar dunia membenarkan Israel meneruskan serangan ke atas Lebonan.Kejamnya kafir.

Sebenarnya serangan (penguasaan) Yahudi ini ada dua. Yg pertama serangan dlm bentuk peperangan dan yg kedua serangan bukan berbentuk peperangan. Yg pertama, mrk akan teruskan dr masa ke semasa dan sentiasa mencari alasan2 bodoh utk menghalalkan peperangan ke atas negara Islam, tp dgn kuasa Allah swt mrk masih belum berjaya seperti yg mrk idamkan. Yg kedua, bg sy lebih merisaukan umat Islam, mrk telah pun berjaya menyerang seluruh dunia Islam dgn serangan2 yg kita tdk sedar atau kita tdk peduli akan serangan ini.

Lihat shj kehidupan kita sekrg, samaada di Malaysia atau di mana2 shj. Kita sebenarnya telah lama dikuasai mrk. Dari segi makanan, pakaian, media, hiburan, cara hidup, cara berfikir dan sebagainya, semuanya dikuasai mrk.

Sebagai contoh, cuba kita lihat dunia hiburan kita, mrk akan melakukan apa shj utk melalaikan kita melalui artis2 mrk dan budaya mrk akan diikuti oleh artis2 muslim kita dan seterusnya berjaya mempengaruhi masyarakat Islam di mana2 shj. Begitu juga dgn gaya hidup yg semakin songsang dan cara berfikir yg nampaknya semakin hari semakin mengikuti jejak langkah mrk. Nauzubillahi min zalik.

Kdg2 di kalangan pemimpin Islam kita ada yg cuba melakukan sesuatu yg bercanggah dgn Islam, seperti baru2 ini kita dikejutkan dgn satu cadangan dr seorg menteri yg ingin melanjutkan waktu hiburan di kelab2 malam dan mencadangkan agar cukai arak diturunkan utk menggalakkan pelancongan, cadangan ini langsung tdk menghormati amanat Perdana Menteri kita yg mendokong Islam Hadhari. Cadangan ini mendapat tentangan dr byk pihak.

Begitu juga cerdik pandai kita yg suka sgt dgn menggunakan pendapat dan pemikiran org kafir utk berhujah dan menyokong pendapatnya tanpa ilmu ttg Islam, jikalau pendapat itu tdk bercanggah dgn Islam tak apa, tp bgmn kalau ia bertentangan dgn Islam. Pernah berlaku dlm tazkirah sy yg lps, seorg yg bijak berhujah memberi komen ttg Islam dgn berlandaskan hujah org kafir, tanpa merujuk kpd Islam.

Sebagai muslim hendaklah kita menghindarkan diri dr segala anasir2 yahudi ataupun nasrani yg semakin hari semakin menguasai kita. Dgn perkembangan dunia hari ini susah utk kita meramalkan apa yg akan berlaku. Berikanlah apa shj sumbangan kita kpd umat islam yg sedang dizalimi di palestin dan Labenon, wlpn hanya sebaris doa. Jgn kita hanya mampu berkata kesian kpd mrk tanpa melakukan apa2.

"YA ALLAH YA TUHANKU BANTULAH DAN SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI LABENON DAN PALESTIN SERTA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. HANCURKANLAH KAUM KAFIR YG CUBA MENGUASAI DAN MENZALIMI MRK. AMIN.

Friday, July 21, 2006

Sayangnya Allah Pada Wanita 3

Seperti yg sy janjikan, kali ni sy cuma nak sambung koleksi hadis2 ttg wanita yg ke 10 - 19. Semoga ia akan dpt dimanfaatkan oleh semua muslim, khususnya muslimah.



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya”. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.



Doakanlah dan sokonglah wanita2 yg ada di samping kita dan semua wanita agar menjadi wanita yg solehah. Sekian.

Friday, July 14, 2006

Sayangnya Allah Pada Wanita 2

Masih ingat lg dgn tajuk ni? So, kali ni sy nak sambung je apa yg pernah diforwardkan pd sy ttg tajuk ni.

19 Hadis Rasulullah S.A.W mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



- Hadis 10 hingga 19 sy akan bagi pd minggu hadapan, tungguuuuuuuuuu.

Friday, July 07, 2006

Tidurlah Putera Dan Puteriku 2

Seperti yg dijanjikan minggu lepas, hari ni sy sambung ttg doa tidur. Kalau minggu lepas sy menghuraikan ttg doa sebelum tidur, kali ni sy nak jelaskan mengenai maksud doa selepas bangun tidur.

Doa selepas tidur "Alhamdulillahillazi ahyana ba'da ma amatana wailaihin nusyur", ertinya : Segala pujian bagi Allah swt yg menghidupkan kami selepas kami dimatikan dan kpdNYA kami akan kembali.
Jika kita lihat pd erti doa di atas, maksudnya sgt mendalam. Islam mengajar kita bersyukur di atas setiap perkara yg berlaku. Pagi2 lg bila bangun tidur kita digalakkan mengucapkan alhamdulillah, sebagai tanda kita seorg muslim yg sentiasa bersyukur dgn setiap kurniaan Allah swt. Lihatlah pd erti doa tersebut, kita bersyukur (berterima kasih) pdNYA kerana telah menghidupkan kita setelah kita dimatikan (tidur) semalam.

Bayangkan sekiranya kita dimatikan (tidur) semalam dan kita tidak dihidupkan semula pagi ini. Cukupkah bekalan amal ibadah kita utk bertemu Allah swt? Adakah kita benar2 beriman pdNYA? Adakah kita hidup berlandaskan syariatNYA? Berapa bykkah dosa yg telah kita lakukan? Sempatkah kita bertaubat atas setiap kesalahan yg kita lakukan pdNYA? Sempatkah kita meminta maaf kesalahan2 kita sesama manusia? Adakah kita telah berbuat baik sebaik2nya dgn kedua ibubapa kita? Tentu setiap muslim ada byk lg persoalan yg perlu dijawab. Jika jawapan kita positif mengikut kehendak Allah selamatlah kita, jika sebaliknya, na'uzu billahi min zalik.

Apabila kita tidur ruh kita akan keluar dr jasad dan semuanya terserah pd Allah swt utk memasukkan kembali ke dlm jasad kita, jika ruh tdk kembali ke jasad maka matilah kita. Sbb itulah kita disunatkan beristighfar atau bertaubat sebelum tidur dan membaca doa sebelum tidur, kerana dibimbangi apabila kita tidur ruh kita tdk kembali lg selepas itu. hanya DIA yg tahu.

Apabila kita berjaya dihidupkan kembali selepas dimatikan wajarlah kita mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran kita pdNYA. Di akhir bacaan doa selepas tidur di atas disebut kpdNYA kita akan kembali. Ayat ini mengingatkan kita bahawa apabila kita telah dihidupkan kita tdk boleh hidup sesuka hati mengikut apa yg kita suka. Kita mesti hidup mengikut apa yg Allah swt suka. DIA tuhan dan kita hamba. Kita tdk ada pilihan sendiri, pilihan yg kita ada hanyalah di dlm lingkungan pilihan2 yg telah ditentukan olehNYA. Selagi kita bergelar muslim itulah pilihan2 yg kita ada.

Akan tetapi sekiranya kita memahami Islam secara mendalam kita akan dapati pilihan2 yg disediakan olehNYA terlalu byk dan semuanya memudahkan kita dan memberi byk kebaikan dan kelebihan kpd kita, hanya yg jahil ttg Islam shj merasakan hidup mrk terkongkong dan tdk bebas sekiranya mrk hidup secara Islam. DIA yg mencipta kita dan alam dan sudah semestinya DIA amat tahu apa yg baik dan apa yg buruk utk kita semua.

Marilah sama2 kita mengamalkan doa sebelum dan selepas tidur dan mengamati dgn mendalam maksud doa2 tersebut. Semoga kita semua akan tidur dgn nyenyak dan lena selepas kita mengetahui tujuan sebenar hidup kita dan bgmnkah cara utk hidup di dunia Allah swt ini serta jgn kita lupa ke mana kita akan kembali. Wassalam.