Tuesday, April 15, 2014

POLITIK SEMASA NEGARA : FENOMENA HUDUD MELANDA MALAYSIA

Isu terbaru yang dipanaskan oleh ahli poltik dan rakyat jelata dalam media massa sekarang ialah berkenaan hasrat PAS Kelantan melalui kenyataan Menteri Besarnya untuk membentangkan hudud di Dewan Rakyat.

Apabila MB Kelantan (PAS) dengan tegas dan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan membentangkan hudud di Dewan Rakyat. Semua parti politik mula mengeluarkan kenyataan masing-masing.

PKR dan DAP sejak dari mula hingga kini tegas dengan pendirian mereka bahawa hudud tiada dalam perjanjian bersama antara mereka dalam gabungan PR dan tiada dalam Buku Jingga,

Pemimpin tertinggi DAP tetap dan istiqamah dengan kenyataan mereka dari awal bahawa mereka tidak akan pernah bersetuju dengan hudud dan menentang penubuhan negara Islam di Malaysia.

PKR juga tidak bersetuju dengan pembentangan hudud di Dewan Rakyat dan walaupon mereka tidak menolak hudud secara jelas tetapi menyatakan bahawa hudud tiada dalam perjanjian bersama gabungan PR.

Jelaslah di sini bahawa PKR dan DAP tidak akan menyokong hudud yang akan dibentangkan oleh PAS di Dewan Rakyat. Apa akan jadi seterusnya kita akan saksikan drama politik ini bermain di layar negara.

Adakah PAS akan meneruskan hasrat atau sekadar mainan kata-kata politik untuk membangkitkan semangat penyokong tegar PAS atau nak mainkan sentimen agama untuk menarik sokongan orang Islam.

PAS percaya bahawa sekiranya mereka tidak bermain dengan sentimen agama lama kelamaan mereka akan hilang sokongan muslim di negara kita. Realitinya Melayu Islam majoritinya masih setia bersama UMNO.

UMNO masih releven dengan poltik bangsa Melayu di negara ini. Kita masih bertuankan Melayu kerana UMNO masih berkuasa. Kita masih memiliki PM dan TPM Melayu kerana UMNO masih berbisa.

Jika UMNO rebah adakah Melayu Islam masih berkuasa dan masih memerintah negara. Fikirkanlah. Jangan kerana sesuatu yang tidak pasti dan dibelenggu emosi kita korbankan negara yang kita cintai.

UMNO telah mengakui kesilapan mereka sejak memerintah negara ini dan banyak penambahbaikan telah dilakukan untuk kepentingan semua pihak. Sinar harapan masih ada hanya kejujuran dan masa yang diperlukan.

Melihat senario semasa politik Melayu Islam, saya tidak rasa pelik sekiranya suatu hari nanti UMNO akan menjuarai hudud di negara ini kerana desakan untuk melaksanakan hudud dari bawah semakin kencang. 

Apabila Negara Brunei melaksanakan hudud ia telah membuatkan negara-negara jirannya berfikir tentang hudud dan semua negara menunggu untuk melihat hasil yang positif dalam pelaksanaan ini.

Mungkin jika UMNO yang memperjuangkan hudud lebih mudah untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat kerana sudah pasti ahli Parlimen Melayu Islam akan bersetuju dan majoriti mereka adalah ahli Parlimen UMNO

JIka ini berlaku saya tidak nampak di mana alasan PAS untuk tidak bersetuju dan UMNO mungkin akan mendapat sokongan daripada parti komponen dalam BN. Maka hudud pasti berjalan di Malaysia.

INGATLAH : JIKA PAS BERJAYA MEMBENTANGKAN HUDUD DI PARLIMEN, KITA AKAN MELIHAT SATU FENOMENA BARU DALAM POLITIK TANAHAIR DAN KEIMANAN AHLI PARLIMEN ISLAM DARI SEMUA PARTI POLITIK PASTI DIUJI OLEH ALLAH SWT. SAMA-SAMALAH KITA NANTIKAN SAAT DAN KETIKANYA ;)

Friday, April 11, 2014

SATU PERKONGSIAN SATU KESEDARAN

 SETIAP INSAN YANG BERGELAR MELAYU ISLAM WAJIB BACA DAN FAHAM

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap keadaan semasa bangsa saya yang seagama dan senegara dengan saya maka saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi penulisan di bawah ;


MOHON KITA SEMUA BERFIKIR DENGAN PEMIKIRAN YANG BIJAK DAN TERBUKA