Sunday, June 10, 2012

KENAPA BPSH KPM ?

Ramai yang bertanya kenapa saya memilih Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) KPM untuk mengembangkan karier saya. Kenapa saya tidak ke Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM.

Kalau difikirkan secara logik sepatutnya saya ke BPI kerana itulah bidang dan opsyen saya. Saya memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Arab.

Jadi, perlu ke saya lari daripada opsyen saya dan pergi ke tempat yang bukan 'golongan' saya. Saya ada banyak sebab dan banyak jawapan untuk persoalan ini.

 Ada yang mengatakan bahawa saya salah memilih tempat. Ada yang mengatakan bahawa saya membuang masa di BPSH. Ada juga yang mengatakan bahawa saya tidak akan ke mana-mana di BPSH. Ada yang minta saya fikirkan kembali dan bertukar ke BPI.

Ramai yang melahirkan beberapa kehairanan dengan sikap dan pilihan saya. Saya mengambil sikap menjawab dengan jawapan yang bukan tujuan dan jawapan sebenar saya.

Bagi yang mengenali saya dan perjalanan karier saya mereka akan dapat melihat bagaimana saya bergerak dalam karier saya tidak seperti mereka yang sealiran dan seangkatan dengan saya. Saya memilih jalan yang berbeza daripada majoriti yang berada dalam 'laluan' saya.

Kenapa saya memilih BPSH KPM ? JAWAPAN SEBENAR SAYA IALAH :)

Mungkin ada tapi :

1- Saya tak pernah dengar ada Pengetua sekolah harian atau SBP biasa seorang USTAZ dari BPI
2- Saya tak pernah dengar ada Timbalan Pegawai dan Pegawai PPD seorang USTAZ dari BPI
3- Saya tak  pernah dengar ada Timbalan Pengarah dan Pengarah JPN seorang USTAZ dari BPI
4- Saya tak pernah dengar ada Timbalan Pengarah dan Pengarah Bahagian KPM selain BPI seorang USTAZ dari BPI
5- Saya tak pernah dengar ada Timbalan Ketua Pengarah dan Ketua Pengarah KPM seorang USTAZ dari BPI
6- Saya tak pernah dengar ada Timbalan Menteri dan Menteri Pelajaran seorang USTAZ dari BPI
7- Dan saya tak pernah dengar semua jawatan tertinggi dan penting dalam KPM selain BPI di pegang oleh seorang USTAZ dari BPI.

Mungkin ada, tapi tak sampai ke pengetahuan saya sepanjang 14 tahun saya dalam dunia pendidikan Malaysia.

Tapi ada dan ramai sangat pegawai dari BPSH yang memegang semua jawatan tertinggi dan penting dalam organisasi KPM.

Sekiranya saya ke BPI saya seolah-olah sudah dapat mengagak di mana dan di jawatan apa saya akan pencen dan berakhir dalam dunia pendidikan.

Namun di BPSH saya akan mencuba untuk sampai ke peringkat yang tertinggi yang saya mampu dalam perkhidmatan saya di KPM. WALAUPUN SAYA SEORANG GURU PENDIDIKAN ISLAM.

Saya sedar sebagai GPI laluannya sangat berliku dan susah. Tapi saya akan mencuba sehinggalah saya terbukti berjaya atau sebaliknya.

KEPADA SEMUA PEMBACA. DOAKAN YANG TERBAIK BUAT SAYA SEORANG GURU PENDIDIKAN ISLAM YANG BERJUANG DALAM DUNIA YANG LEBIH LUAS DAN BERBEZA :)