Saturday, March 31, 2012

2012 TAHUN PERUBAHAN

Jika tahun 2005 - 2009 dahulu merupakan tahun perubahan besar dalam hidup kami sekeluarga. Kini tahun 2012 sekali lagi kami melakukan perubahan dalam hidup.

Beberapa perkara yang telah berubah dan akan berubah dalam hidup kami sekeluarga. Antaranya :

1- Tempat dan tugasan dalam kerjaya :)

Jika dilhat kepada tahun saya dilantik dalam perkhidmatan awam, saya telah mencecah 14 tahun dalam kerjaya seorang guru.

Namun bulan November yang lepas barulah genap perkhidmatan saya selama 10 tahun sebagai seorang guru kerana cuti yang telah saya ambil dahulu.

Setelah 10 tahun dalam perkhidmatan, akhirnya saya bertukar ke KPM dan bertugas sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.


2- Gred :)

Setelah sepuluh tahun genap dalam perkhidmatan awam akhirnya saya mendapat kenaikan gred. Alhamdulillah. Saya lewat bertukar gred disebabkan cuti tanpa gaji yang saya ambil hampir 4 tahun.

3- Kenderaan :)

Saya memang kerap bertukar kereta. Januari 2009 saya membeli kereta Honda Accord. Setelah 3 tahun bersama dengan Honda Accord akhirnya saya bertukar kepada Mitsubishi Pajero Sport.

4- Pembantu rumah :)

Sejak 12 tahun berkeluarga kami memang tidak berani untuk mengambil pembantu rumah. Tahun ini dengan bantuan dan kurniaan Allah swt, akhirnya kami sudah ada pembantu rumah yang memenuhi kriteria yang kami mahukan.

5- Anak ketiga :)

InsyaAllah sekiranya taqdir dan rezeki Allah swt menyebelahi kami. Pada bulan April ini kami akan dikurniakan anak yang ketiga. Kami sedang menghitung hari. Mohon doa kepada Yang Maha Esa.

Sekian. Wassalam :)