Monday, March 28, 2011

USRAH KAA MAC 11

Usrah bermula dengan kata-kata

Tazkirah pula agar tidak lupa

Diadakan sukaneka menceriakan suasana

Bergambar bersama tanda silaturrahim antara kita

Terima kasih KAA atas segalanya
Hadiah yang diberi akan dikenang sampai bila-bila

Tuesday, March 22, 2011

USRAH 03/11

Mari bercerita di sini bermula

Tazkirah terbaik dari Faizah yang baik

Bersama bernyanyi tetapi sumbang sana sini

Ucapan tuan guru sentiasa ditunggu

Naqib tingkatan dua dan tiga berlakon bersama

Suami dah mati isteri gelihati

Syaitan dan malaikat sama sepakat

Bila muafakat pasti membawa berkat

TERIMA KASIH DIUCAPKAN
KEPADA UMAI KERANA MENGURUSKAN
DAN TAK LUPA JUGA YANG MEMBERI SUMBANGAN

Friday, March 18, 2011

SERVIS HONDA ACCORD



- 06.30am : Mama siapkan Hafiy dan Hannan / Papa siapkan sarapan pagi
- 07.00am : Papa, Hafiy dan Hannan bergerak ke Pusat Servis Honda
- 07.30am : Mengambil nombor giliran ( alamak! dah ramai menunggu )
- 09.10am : Nombor dipanggil ( hampir 2 jam menunggu )
- 10.00am : Servis belum bermula
- 10.30am : Servis bermula
- 12.30pm : Servis dijangka siap...... ( entry ni ditulis pada jam 10.30am )

* Harap-harap boleh siap pada waktu yang dijangkakan
* Kesian Hafiy dan Hannan kebosanan menunggu ( buku dah habis dibaca )
* Nak tinggalkan mereka di rumah, mama pulak kerja hari ni
* Papa pun bosan juga, nasib baik ada laptop ada juga benda nak dibuat
* Beginilah rutin Papa 3 bulan sekali......TENSIOOOOOOOON............!

Monday, March 14, 2011

CERAMAH MAULIDUR RASUL SAW 2011

Saya dah biasa berceramah di banyak tempat. Ceramah Maulidurrasul memang menjadi rutin tahunan saya di mana-mana sahaja saya berada, hatta semasa di Oxford pun saya tetap berceramah.

Saya suka coretkan di sini bila ia ada kelainan. Kali ini saya dijemput untuk menyampaikan ceramah Maulid di Majlis Sambutan Maulidurrasul saw di Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Wow! bukannya hebat tapi saya gerun. Bukannya kerana tak biasa dengan tajuknya tapi risau kerana ini penampilan pertama saya di hadapan Timbalan Pengarah yang baru.

Kalau Timbalan Pengarah yang lama saya dah biasa berdepan dengan beliau. Semua program qiamullail saya beliau pasti hadir menemani isterinya. Terima kasih Tn. Hj. Khairil B. Awang.

Saya seorang yang susah nak menolak sesuatu permintaan sekiranya saya lapang. Walaupun hati saya sangat berat untuk menerima jemputan ini kerana gentar dengan situasi yang ada, namun saya lapang pada waktu yang diminta. Maka saya gagahkan diri menerima jemputan tersebut.

Program bermula seawal pagi dan dijangka berakhir jam 11.30am. Pukul 10.00am saya sampai di lobi pejabat, lama saya termenung di situ. Saya Membaca ayat-ayat dan doa-doa rutin saya sebelum sesuatu ceramah. Kali ini lama dan panjang sikit dari kebiasaan. Seperti biasa isteri saya awal-awal lagi telah mendoakan kejayaan saya. Terima kasih sayang!

Tiba-tiba telefon saya berdering dan pengurus program mohon saya terus naik ke dewan serbaguna di tingkat 4. Saya cuba meyakinkan diri saya bahawa kali ini sama sahaja dengan ceramah saya yang lepas-lepas. Saya tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar banyak-banyak.

Sampai di dewan saya diletakkan bersama Tuan Timbalan Pengarah. Saya lihat disebelah Tuan Haji ada seseorang yang saya kenali. Ada selebriti TV Imam Muda Taufiq rupanya. Sebelum ceramah saya ada acara berzanji dan marhabban oleh selebriti ini. Lunak sungguh alunan suara beliau membuatkan saya lagi gementar untuk berceramah.

Selepas seketika, majlis mengalu-alukan ketibaan sebuah kumpulan nasyid. Saya ingatkan kumpulan mana, rupa-rupanya sebuah kumpulan yang saya minati, iaitu kumpulan Rabbani. Seronok dapat bertemu dan berjabat salam dengan mereka. Takkanlah saya nak berceramah depan ustaz-ustaz Rabbani ini. Siapalah saya jika dibandingkan dengan selebriti-selebriti ini.

Selesai persembahan Rabbani, maka tibalah giliran saya pula untuk membuat persembahan. Dengan perasaan yang bercampur baur saya gagahkan diri untuk ke pentas dan berceramah. Ini penampilan saya yang pertama dan mungkin yang terakhir di hadapan Timbalan Pengarah. Saya mesti tunjukkan yang terbaik.

Alhamdulillah. Saya dapat menayangkan semua slides saya dan mengupas semua isi-isi penting ceramah dengan baik. Semua hadirin menunjukkan reaksi yang amat positif begitu juga dengan Imam Muda Taufiq dan Rabbani.

Cuma satu sahaja komen yang saya akan ingati ialah komen dari Tuan Timbalan Pengarah "tak puas dengar ceramah ustaz, nanti ada peluang kita akan jemput lagi". Ia cukup bermakna bagi saya yang kerdil ini. Terima kasih PPWPP.

*Terima kasih kepada Izzati, Faizah dan Hamnah kerana membantu mengubahsuai slides ustaz

Wednesday, March 09, 2011

USRAH 02/11

Pen. Ketua Naqibah Pengurus Serta MC Usrah

Seperti Biasa Tuan Guru Berkata-Kata

Ketua Naqibah Memberi Tazkirah

Ketua Naqib Faridzwan Nasib Baik Tak Sumbang

Naqibah Yang Ayu Bernasyid Mendayu-Dayu

Naqib Pula Serba Tak Kena

Tadarrus Naqibah Buat Naqib Gelisah

Naqibah Ahda Terimalah Kasih Kami Di atas Jamuan Ini

USRAH 01/11

Satu Kenangan Seribu Pengertian

Amanat Tuan Guru Azimat Kalbu

Tazkirah Terbaik Usrah Satu Bersama Hadiah Nasi Kerabu
(Terima Kasih Ayunie)

Keceriaan Semua Menghidupkan Suasana