Wednesday, January 26, 2011

DIA Tahu Apa Yang DIA Putuskan

Penolong Kanan HEM

Sebelum ini dua kali saya ditawarkan jawatan PK HEM namun DIA tidak mengizinkan saya untuk berada di tempat itu dengan sebab-sebab tertentu.

Memang saya terkilan tetapi saya menerima kerana ini kehendakNYA.

Manusia memang susah untuk bersyukur dan selalu kurang memahami kehendakNYA.

Saya selalu mencari sebabnya, kenapa?

Setelah saya kembali dari Tanah Suci DIA telah menemukan saya dengan jawapannya.

Kini saya sedar yang DIA ingin menyelamatkan saya dari perkara-perkara yang mungkin menyusahkan dan meresahkan saya sekeluarga.

Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana saya tenang pada tahun 2011 ini.

Ditambah lagi apabila saya selesai menunaikan rukun Islam yang kelima dengan penuh ketenangan.

Jika keadaan sebaliknya berlaku

Pertama, saya akan menghadapi ujian yang amat besar sebelum ke Mekah dan ujian yang lebih besar selepas kembali ke Mekah. Tenangkah saya di sana?

Mungkin kini saya sudah dipindahkan ke tempat bertugas yang amat jauh dari rumah saya kerana masaalah besar yang berlaku di sekolah tersebut.

Kedua, saya mungkin tidak cukup masa rehat, waktu lapang dan mungkin tidak gembira setiap kali bercuti kerana bebanan tugas yang perlu diselesaikan dalam waktu cuti.

Paling merisaukan saya ialah bagaimana keadaan-keadaan itu boleh membantu saya untuk menjaga kemabruran haji saya dan isteri.

Keputusan DIA sudah pasti membawa kebaikan dan ketenangan kepada hambaNYA.

Sunday, January 02, 2011

DARJAH 1 - 2011


Cepatnya masa berlalu

Hannan Sofea binti Habibullah akan bersekolah
di SK Putrajaya Presint 9 (2)