Thursday, December 23, 2010

SURAU AL-HIDAYAH

Surau Al-Hidayah merupakan surau yang saya sekeluarga imarahkan sejak tahun 2003. Ia terletak di Dengkil Selangor bersebelahan dengan Putrajaya.

Dulu Dengkil merupakan sebuah pekan yang terpencil, namun disebabkan ia berjiran dengan Putrajaya maka pembangunan di tempat ini boleh dikatakan agak pantas.

Kini banyak perumahan-perumahan baru yang dibina dan kebanyakannya diisi oleh kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Putrajaya. Begitu juga saya sekeluarga.

Apabila saya kembali ke Dengkil dari Oxford pada Bulan Ramadhan tahun 2008, tidak lama selepas itu Imam 1 di Surau Al-Hidayah yang telah berkhidmat selama berpuluh tahun di Dengkil telah kembali ke rahmatullah.

Maka saya telah dilantik sebagai imam 1 menggantikan beliau. Di sini saya mula kembali aktif dalam aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Sebagai sumbangan kepada masyarakat setempat saya telah mengimamkan mereka dalam solat, mengajar kuliah maghrib bab ibadah dan kelas al-Quran dewasa seminggu sekali serta mengendalikan program qiamullail sebulan sekali.

Alhamdulillah segala aktiviti yang saya rancang dan jalankan setakat ini mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat setempat.

Monday, December 13, 2010

Selesailah Rukun Islam Yang Kelima

Pada 10-10-10 saya dan isteri telah ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu haji selama 46 hari di sana dan kami telah kembali pada 25-11-10. Alhamdulillah

Makluman : Buat masa ini saya kurang aktif di blog ini kerana kesibukan tugas harian dan juga kerana sistem internet di Malaysia yang tidak sebaik semasa saya di UK. Namun saya masih aktif di http://www.facebook.com/profile.php?id=795370687

Monday, September 06, 2010

Selangkah Ke Hadapan..............

NAQIB DAN NAQIBAH

Bermula 01 Ramadhan saya telah memilih dan melantik 6 orang naqib dan 6 orang naqibah bagi membantu saya dan sekolah dalam semua program keagamaan di sekolah.

Sepanjang berkhidmat di mana-mana sekolah saya belum pernah mencipta naqib dan naqibah. Kini saya maju selangkah ke hadapan dengan pelantikan naqib dan naqibah.

Alhamdulillah mereka berjaya dilantik dengan rasminya pada Hari Jumaat 03hb. September 2010. Mereka menerima tanda nama dan watikah pelantikan daripada pengetua.

Kini, di samping sahabat-sahabat guru agama dan guru-guru lain, kekuatan saya bertambah dengan adanya 12 orang naqib dan naqibah dan pengawas-pengawas sekolah.

Amar ma'ruf dan nahi mungkar akan kami lakukan dengan lebih baik selepas ini insyaAllah. Usaha dakwah saya dan rakan-rakan guru akan menjadi lebih mudah.

Bukan senang untuk saya membudayakan iklim dini di mana-mana sekolah yang saya bertugas. Semuanya mengambil masa untuk melihat hasilnya.

Alhamdulillah setakat hari ini saya berpuas hati dengan apa yang saya sudah lakukan dan hasil yang telah pelajar-pelajar SMKPP9(2) zahirkan.

Namun saya masih belum berjaya sepenuhnya, masih ada beberapa perkara dan budaya yang boleh diperbaiki di sini dalam usaha membudayakan sekolah dengan budaya Islam.

InsyaAllah jika lebih lama saya di sini lebih banyak perkara positif dalam konteks Islam yang akan saya lakukan. Semuanya banyak bergantung kepada sokongan semua pihak.

Saya bersyukur kerana semua perkara yang berkaitan dengan keagamaan yang saya cadangkan dan aplikasikan mendapat sokongan yang kuat daripada pengetua dan semua penolong kanan.

Inilah kekuatan saya, sokongan daripada pihak pentadbir dan sahabat-sahabat guru sealiran, guru-guru, kakitangan, pengawas-pengawas dan semua pelajar SMKPP9(2).

Thursday, August 05, 2010

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Nasihat Pengetua kepada para pelajar tentang solat dan aurat

Bersama hadirin menasyidkan 'Sepohon Kayu'

Menikmati persembahan pelajar dalam Kempen Solat dan Aurat

Hadir mendengar tazkirah Ramadhan

Masuk ke Dewan Rafflesia diiringi PK HEM

Merasmikan Kem Puteri Solehah

Merasmikan Kem Putera Soleh

Berbincang bersama Timbalan Pengarah PPWPP

Keperihatinan seorang pengetua di Kem Muslim Cemerlang

Rombongan Pengetua dan guru-guru diarak oleh pelajar

Pengetua bersama AJK Badan Disiplin

Pengetua bersama barisan guru-guru SMKPP 9(2)


SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA

PUAN PENGETUA
PUAN HAJAH NORLIAH BINTI RAJA OMAR

DAN SEMUA PENTADBIR SMKPP 9(2) SERTA GURU-GURU ATAS SOKONGAN
DAN KERJASAMA ANDA
DALAM MENJAYAKAN SEMUA PROGRAM KEAGAMAAN

Wednesday, July 28, 2010

OXFORD UNIVERSITY GRADUATION DAY

Walaupun agak lewat saya menulis tentang Graduation Day isteri saya di Oxford University, namun tetap saya tulis sebagai kenangan peribadi kami berdua.

Pada awalnya kami tidak merancang untuk kembali ke Oxford bagi menghadiri Graduation Day, tetapi semua perkara yang berlaku sebelumnya membuktikan hanya Allah swt yang mentaqdirkan kami pergi.

Kami telah putuskan sekiranya isteri saya lambat dapat tawaran untuk Graduation Day maka kami berkemungkinan besar tidak akan mengahadirinya di tahun-tahun yang akan datang.

Ini kerana kami telah merancang banyak perkara lain dalam kehidupan kami sekeluarga sekiranya tidak ke Oxford. Akhirnya kami kembali ke Oxford dan berada di sana hampir 2 minggu.


Tahniah Dr. Sarina Binti Haji Mansor






Friday, July 16, 2010

Sekadar Bercerita

Assalamualaikum. Lamanya saya tak menulis. Terlalu sibuk saya dengan kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti seharian. Kadang- kadang terasa sangat penat dan ingin berhenti dan fokus kepada kehidupan sendiri bersama keluarga tersayang. Tetapi bukan itu yang Islam inginkan.

Kini saya risau kerana saya rasakan masa dan hari bergerak semakin laju. Beberapa minggu lagi umat Islam akan bertemu dengan Ramadhan seterusnya Syawal. Juga beberapa bulan lagi saya dan isteri akan bertemu Kaa'bah. Allahu Akbar!

Alhamdulillah nama saya dan isteri terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini. Kami amat-amat bersyukur kerana pada awalnya kami dijangka terpilih untuk tahun 2013. Namun hanya Dia Yang Maha Berkuasa ke atas hamba-hambanya. Astaghfirullahal 'Adzim.

Sedikitnya masa yang saya ada untuk persiapan ke Tanah Suci. Namun segala persiapan yang asas telah kami sempurnakan. Ditambah lagi kami baru sahaja selesai menghadiri Kursus Intentsif Haji di Putrajaya selama 2 hari.

Selepas berkursus dapatlah kami mengingati kembali apa yang telah kami pelajari melalui buku dan bertambah yakin untuk 'bertemu Allah SWT'. Maklumlah kami tiada kesempatan untuk menhadiri kursus bersiri yang diadakan di masjid-masjid tertentu setiap minggu yang bermula dari awal tahun lagi.

Di awal tahun lagi saya di Putrajaya amat sibuk dengan program-program samaada di peringkat sekolah mahupun di peringkat Putrajaya. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan. Dengan kerja saya yang hampir 11 jam sehari tanpa bayaran lebih masa di sekolah dan tugasan bersama masyarakat selepas waktu bekerja amat memenatkan saya. Subhanallah!

Itulah dunia pendidikan, hanya mereka yang rapat dengan dunia ini sahaja yang faham. Saya juga telah dijemput untuk menyampaikan ceramah-ceramah agama di sekitar Selangor dan Putrajaya, samaada di sekolah-sekolah, Pusat Kokurikulum Putrajaya, surau dan masjid.

Namun saya tidak pernah menyesal berada di dalam dunia ini kerana boleh dikatakan hampir semua ciri-ciri tugas Rasulullah SAW bersama apa yang saya lakukan setiap hari. Tugas pengajar, pendidik, pejuang Islam, pendakwah, pemimpin, uswatun hasanah, tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar dan lain-lain semuanya dapat saya aplikasikan dalam kerjaya ini.

Walaupun hanya berdepan dengan masyarakat yang kecil tapi saya yakin telah menyumbang sesuatu yang baik ke arah pembinaan insan dan generasi akan datang yang lebih baik kepada agama, masyarakat dan negara.

Saya telah pun selesai dengan program Kem Putera Soleh dan Kem Puteri Solehah. Saya juga telah berjaya menasihati beberapa orang pelajar untuk kembali menunaikan solat setelah ditinggalkan berbulan-bulan, malah ada yang sudah bertahun-tahun tidak menunaikan solat. Begitu juga dalam kes-kes yang melibatkan aurat dan percintaan pelajar.

Saya dengan bantuan rakan-rakan guru agama telah berjaya membuat praktikal bersuci termasuklah wudhu' dan mandi wajib kepada hampir 200 orang pelajar Islam. Juga saya telah berjaya mengubah sikap dan akhlak segelintir pelajar untuk kembali yakin kepada Islam dan mengamalkan corak hidup Islam di dalam kehidupan mereka.

Kini saya akan teruskan perjuangan saya agar pelajar-pelajar Islam dapat menjadikan guru-guru agama mereka sebagai uswatun hasanah kepada mereka. Banyak program yang saya telah dan akan adakan dalam merealisasikan hasrat ini.

Melihat kepada situasi remaja kini yang telah mula melupakan kewajipan solat dan kewajipan menjaga aurat, maka saya akan menganjurkan kempen bersolat dan menjaga aurat pada bulan ini dan berakhir pada awal Ramadhan nanti.

Seminggu sebelum Ramadhan saya akan mengadakan Kem Muslim Cemerlang untuk pelajar-pelajar yang 'buta' al-Quran, tidak bersolat, percintaan terlampau, perokok tegar, bermasaalah disiplin dan mempunyai masaalah diri dan keluarga. Target saya seramai 50 orang pelajar bersama 5 orang guru agama dan dibantu oleh 5 orang pelajar soleh dan solehah.

Harapan saya amat tinggi bagi 3 Kem Kerohanian yang saya telah dan akan jalankan. Alhamdulillah setakat 2 kem yang telah diadakan, peserta-peserta yang terlibat telah memberikan skor 'A' bagi semua aktiviti dan slot yang saya kendalikan samaada secara solo mahupun dengan bantuan rakan-rakan guru agama yang lain.

Saya berdoa agar hasrat dan matlamat yang suci ini akan sentiasa dirahmatiNya dan mendapat sokongan yang padu daripada semua pihak yang terlibat.




Monday, May 31, 2010

TERIMA KASIH MURID-MURIDKU

HARI GURU MEI 2009 - SMK Jalan Reko Selangor. Pelajar-pelajar telah memilih saya untuk menerima anugerah GURU PALING BERKESAN.

HARI GURU MEI 2010 - SMK Putrajaya Presint 9 (2) W.P. Putrajaya. Pelajar-pelajar telah memilih saya untuk menerima 3 anugerah iaitu GURU PALING POPULAR, GURU PALING BERKESAN DAN GURU AGAMA PALING POPULAR.


Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang telah mengundi saya dan semua pelajar dan rakan guru yang sentiasa membantu dan menyokong kerja-kerja saya selama ini samaada secara langsung atau tidak langsung. WASSALAM

Monday, May 10, 2010

SUKANEKA PENGAWAS 2010

Kenangan sebelum sukaneka

AJK berbincang tugasan

Pembahagian kumpulan

Acara meniup tepung

Hakim acara mengisi air dalam botol

Tekun mengisi air dalam botol

Acara membawa belon dengan perut

Acara lari ikat kaki

Acara baling belon berisi air

Acara tarik tali

Kenangan selepas sukaneka

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGAWAS TINGKATAN 5

Saturday, May 01, 2010

CATATAN SEORANG PELAJAR

Dari blog bekas pelajar


~ustaz HABIBULLAH BIN ALI~

d'mne trletak d'hati insan ini untk mnukar akhlak SMK JALAN REKO...!!

-ustaz habib-

kmi d'datangi oleh insan ini pde bulan 2....2009... pade awalnye..beliau tdak terknal... lme klamaan beliau berjaye mncuri hati sebahagian ahli SMKJR.... 1km1& 2km1 trus bnkit dan mara k'hadapan... atas sokongan yg d'beri...atas nasihat yg d'titipkan bersama kami... serta tips kjayaan yg d'beri... kami bngun dri lmbah yg penuh kemurkaan... brsame mnyedarkan bhw SMKJR boleh berjaye mnjlang 2010.... brsame m'mperbaiki akhlak SMKJR...sblum mnjelang 2010... kmi doakan SMKJR berjaye....2010 satu tanggal yg d'nnti-nntikn... dgn slogan REKO MARA!! REKO JAYA!!.... akan mnjadi knyataan...menjelang 2010.... itulah impian insan ini.... mnjadi kn REKO di antare sbuah skolah dlm gred A ... dgn satu harapan....satu impian....ia hampir mnjd knyataan... malangnye.... JODOHNYE bkn dgn SMKJR... PUTRAJAYA... tanggal 11 JUNE 2009... tlah mnghantar beliau ke smk putrajaya presint 9 [2]... ia sdikit tlah mrundum kn smangat 1km1 & 2km1 yg slame ini brsame mmbntu untk mnjdikn SMKJR sekolah yg ELIT.... malang beliau tlah prgi dgn seribu knangan... kami d'sini hnye ter daye untk menitipkan doa... namun begitu,kami tdak akn lupakn JASA ustaz slama ini.... semoga ustaz bahagia d'sekolah bru.. dan dpt mndidik mreke seperti mne beliau tlah mendidik kmi...shingge skarang... USTAZ HABIBULLAH BIN ALI......sebuah lagenda yg UNIK ...tlah tercipta d SMKJR..... selamat tnggal ustaz..slamt tnggal untk s'galanye... jasad mu,jasa mu,nasihat mu,tips mu, gelak dan tawamu...akan segar di ingatanku..... nurin najwa binti abdul rahman...1km1....SMKJR...


Terima kasih Nurin....................

Ustaz doakan Nurin berjaya di dunia dan akhirat.

Monday, April 19, 2010

Badan Disiplin dan Pengawas SMKPP 9(2)

Sesi Pelajar Bersama Ketua Guru Disiplin

Fail-Fail Disiplin Pelajar

Pengawas Bertugas Di Kantin Pada Waktu Rehat

Ketua Unit Kantin Yang Prihatin

Pengawas Yang Amanah Menjalankan Tugas

PK HEM Mesra Melayan Pelajar-Pelajar Makan Di Kantin

Pelajar-Pelajar Contoh SMKPP 9(2)


Ketua Unit Kehadiran Lewat Yang Bertanggungjawab


Pengawas Yang Setia Dengan Tugasannya


Mohon kerjasama dan sokongan daripada semua Warga SMKPP 9(2) dalam membantu Badan Disiplin Dan Pengawas Menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Terima kasih semua.

Friday, April 16, 2010

Selamat Datang


Selamat datang dan terima kasih buat semua warga

SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2)

yang sudi bertandang di blog saya. InsyaAllah jka saya berkesempatan
saya akan menulis hal ehwal yang berkaitan dengan disiplin sekolah,
badan pengawas dan Agama Islam.

Jazakumullahu khairan kathira.


Sunday, April 11, 2010

BAITUL HANA

Sejenak di ruang tamu Baitul Hana 2010 ( Rumah Habib & Sarina )