Friday, July 06, 2007

Isra' Mikraj 1428H


PERINGATAN BUAT KAUM WANITA

Pada bulan Rejab ini seperti biasa saya akan meneruskan rutin saya untuk mengadakan sambutan Isra' Mikraj dan berceramah untuk rakan2 saya tak kira di mana saya berada. Pada tahun ini nampaknya saya akan berkongsi isi ceramah saya dengan rakan2 di Oxford UK, mungkin untuk kali pertama dan terakhir bagi sambutan Isra' Mikraj di sini.

Dalam bacaan saya seminggu dua ini tentang kisah Isra' Mikraj saya tertarik dengan satu peristiwa yang saya rasa saya nak kongsikan di dalam blog saya dengan pembaca yang mana peristiwa ini saya tidak akan sentuh dalam ceramah saya minggu depan kerana kesuntukan masa berceramah yang saya hadkan selama sejam sahaja.

Peristiwa itu ialah peristiwa yang diceritakan oleh Sayyidina Ali RA yang telah berjumpa dengan Nabi Muhammad saw bersama isterinya Siti Fatimah RA. Pada suatu hari mereka masuk ke dalam rumah Rasulullah saw dan mendapati Rasulullah sedang menangis dan dalam keadaan bersedih yang amat sangat. lalu mereka mendekati Rasul saw dan bertanya kenapa Baginda bersedih. Maka sabda Rasulullah saw; "Bahawa sesungguhnya aku telah melihat pada malam Mikraj beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu, kerana itulah yang menyebabkan aku menangis kerana melihat keadaan mereka yang tersangat siksa".

Setelah Sayyidina Ali RA dan Siti Fatimah RA terus bertanya apa yang baginda lihat sebenarnya di malam tersebut, maka Rasulullah saw terus menceritakan peristiwa sedih dan azab yang dilihat oleh baginda. Iaitu;

  • Aku telah melihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya sebagai balasan kerana dia menyakiti hati suaminya.
  • Aku telah melihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otaknya sebagai balasan kerana dia enggan menutup rambutnya daripada lelaki yang haram melihatnya.
  • Aku telah melihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya terlipat dan terikat dan malaikat telah mengeluarkan dua tangannya dari pintu belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya sebagai balasan kerana dia keluar rumah tanpa izin suami.
  • Aku telah melihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum (buah neraka) itu dituangkan ke dalam lehernya sebagai balasan kerana dia memberikan air susunya kepada bayi lain tanpa izin suaminya.
  • Aku telah melihat perempuan yang tergantung dan malaikat menambat dua susunya kepada ubun2nya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala dan ia memakan dagingnya dan meminum darahnya sebagai balasan kerana dosanya yang tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid serta nifas dan meringan2kan solat.
  • Aku lihat seorang perempuan yang yang tergantung dalam keadaan buta, tuli dan kelu. Di dalam api neraka dan keluar otak daripada kepala dan mengalir ke dalam hidungnya dan badanya busuk serta menggelupur sebagai balasan kerana dosanya menduakan suami dan melahirkan anak zina lalu dikatakan bayi itu anak suaminya.
  • Aku juga telah melihat seorang perempuan yang tergantung dalam keadaan kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai sebagai balasan kerana dia suka mengadu domba atau batu api dan pendusta.
  • Aku juga telah melihat perempuan yang berupa anjing dan api masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya sebagai balasan kerana dia suka mengungkit2 pemberian atau pertolongan lagi suka dengki mendengki.
  • Aku juga telah melihat perempuan yang tergantung dan memakan dia akan tubuhnya dan api neraka dinyalakan dibawahnya sebagai balasan kerana dia menperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tidak memperhiasinya untuk suaminya.
Semoga peristiwa yang dilihat oleh Rasulullah saw ini dapat menjadi peringatan buat rakan-rakan muslimin dan muslimat sekelian.

Wassalam