Thursday, February 27, 2014

LAMANYA TAK MENULIS.....

Lamanya saya tak menulis di blog saya ni. Alhamdulillah hari ni saya berkesempatan untuk membuka dan melihat satu-satunya blog kesayangan saya ni. Dah berhabuk dah, fuhhh! haha.

Bila saya melihat data pengunjung yang mengunjungi blog saya ni, saya dapati tak ramai yang membuka dan membacanya. Namun setiap hari pasti ada yang mengunjunginya. Harap bermanfaat.

Saya minta maaf kerana tak dapat menulis sesuatu yang baru untuk dibaca oleh pengunjung blog saya ni. Ini kerana kesibukan saya dengan tugasan-tugasan yang semakin mencabar di KPM.

Apabila saya berada di KPM saya dah tau yang saya akan sibuk, apatah lagi di Unit Adudisiplin ni maka saya akan menerima kes, isu, aduan, pertanyaan dan cadangan dari seluruh negara setiap hari.

Saya akan menerima kes-kes ini setiap hari dan saya akan menjalankan siasatan bersama JPN dan PPD dan memastikan laporan lengkap diterima oleh pihak pengurusan tertinggi dalam masa 7 hari.

Kes-kes yang saya terima melibatkan semua individu di bawah KPM khususnya individu-individu yang berada dan terlibat dengan sekolah-sekolah harian. Samaada kes-kes pengurusan atau disiplin murid.

Jadi, untuk memikirkan dan fokus kepada perkara selain daripada perkara-perkara dan tugasan-tugasan di KPM ni amatlah terhad. Apalagi bila saya diarahkan melakukan kerja-kerja luar stesen.

Apabila kepala dah penuh dengan kes-kes di KPM ni, maka idea-idea baru dan segar untuk menulis pun hilang begitu sahaja. Pemikiran pun dah kepenatan.

In Sha Allah, jika ada kesempatan dan ruang masa nanti saya akan terus menulis dari masa ke semasa di blog saya ni. Blog ni takkan berkubur dengan izinNya.