Thursday, February 23, 2012

01 JUN 2009 HINGGA 31 JANUARI 2012 (Episod 1)

Selepas kembali ke Malaysia dari Oxford England, saya telah merancang sesuatu yang besar untuk karier saya. Namun saya perlu bermula dari bawah kerana saya telah meninggalkan kerjaya guru hampir 4 tahun.

Walaupun saya telah ditawarkan tempat di dua buah sekolah yang hebat di Malaysia namun taqdir telah meletakkan saya di SMK Jalan Reko Kajang untuk beberapa bulan, sebelum saya berhijrah ke Putrajaya.

Bila dua buah sekolah tersebut gagal memohon khidmat saya dari Dato’ Pengarah JPN Selangor. Saya telah dipertemukan dengan Tuan Haji (Kini bergelar Dato’) yang ketika itu menjadi Timbalan Pengarah PPWPP.

Besar jasa Dato’ (Kini merupakan Pengarah JPN Wilayah Persekutuan). Dato’ telah menempatkan saya di SMKPP9(2) untuk membantu Datin Pengetua (isteri Dato’) memulihkan disiplin dan sahsiah pelajar dan menaikkan nama sekolah.

Jasa Dato’ dan Datin tidak mampu saya balas sampai bila-bila. Dato’ dan Datin telah memulakan kembali kecemerlangan saya dalam kerjaya guru setelah saya berehat lama. Di sinilah saya kembali bernafas dalam kehidupan sebagai seorang guru.

Saya sangat beruntung apabila ditempatkan di SMKPP9(2). Saya dilayan dengan layanan yang istimewa dan diberikan kebebasan dalam berkarya sebagai seorang guru agama dan guru disiplin. Terima kasih kepada Datin Pengetua.

Dengan sokongan sepenuhnya daripada Dato’ dan Datin akhirnya karier saya berkembang dengan baik selepas bercuti panjang. Di sinilah karier dan kegemilangan saya kembali menyerlah dalam dunia pendidikan.

Selama dua tahun setengah saya di SMKPP9(2), banyak kejayaan, pengalaman, hadiah dan anugerah yang saya telah terima dan kecapi. Saya rasa saya sangat bertuah dan amat dihargai di dalam sekolah oleh pihak pentadbir dan para pelajar juga pihak PIBG dan PPWPP.

Tidak ketinggalan juga para penjaga dan ibu bapa yang banyak menyatakan sokongan dan menghargai setiap apa yang saya lakukan terhadap anak-anak mereka.

ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH KEPADA DATO’ DAN DATIN DI ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA. HANYA ALLAH SWT YANG MAMPU MEMBALASNYA.

SELAMAT TINGGAL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9(2) DAN SELAMAT TINGGAL MURID-MURID SEKALIAN. KINI SAYA DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

DARI SINILAH AKAN BERMULANYA KECEMERLANGAN SAYA YANG SETERUSNYA……..INSYA ALLAHU TAALA

Saturday, February 11, 2012

NEW JOB......NEW RIDE.......:)




My new toy.......looking for something bigger n higher......waiting for big offer from mitsubishi.......