Friday, September 09, 2011

MISI MENAWAN PUTRAJAYA KINI BERMULA

Kalau sebelum ini saya tidak pasti bila saya akan bangkit semula selepas kegagalan. Kini saya sudah berjumpa dengan permulaannya.

Perancangan besar saya telah bermula dari 2009 lagi. Macam-macam cabaran telah saya tempuhi, sehinggalah saya menemui jalan buntu baru-baru ini.

Dalam kesamaran yang saya hadapi, kini saya telah temui arah tujunya. Besar hasrat saya. Kadang-kadang timbul gelisah takut-takut diuji dengan ujian yang lebih besar.

Tanpa memikirkan risiko saya berazam untuk terus mengganas dengan perancangan yang tersusun rapi.

Saya bermula dengan menyusun semula kumpulan pelajar yang saya ada dan saya berazam untuk mendidik dan melatih mereka sebaik mungkin. Ia sedang bermula......

Seterusnya, saya telah merancang untuk mengadakan 3 kem disiplin/indahnya iman. Sasaran saya ialah 80 orang pelajar yang menghuni kelas-kelas belakang.

Jika dengan melalui 3 fasa kem saya ini boleh mengubah mereka menjadi insan soleh, saya akan teruskan di peringkat Putrajaya pada tahun 2012.

Terkini, saya telah dipilih menjadi ahli jawatankuasa perancang dan pelaksana untuk satu program rintis di Putrajaya oleh KPM.

Program ini dinamakan Merekayasa Ekosistem Sekolah Penyayang Peringkat Putrajaya. Program ini bertujuan untuk mentranformasi sekolah ke arah sekolah yang aman dan sejahtera di negara kita.

Untuk itu KPM mahu mencuba dahulu program ini di peringkat Putrajaya, jika berjaya program ini akan dilaksanakan di peringkat nasional.

Ahli jawatankuasa program ini terdiri daripada semua pengetua dan guru besar Putrajaya, seorang guru kaunseling cemerlang, 2 orang GPK HEM dan hanya saya seorang guru biasa.

Dalam pemilihan jawatankuasa kecil semalam saya telah memilih untuk berada dalam satu jawatankuasa dengan pengetua Sekolah Sultan Alam Shah dan pengetua saya.

Timbalan Pengarah memilih saya untuk menganggotai jawatankuasa ini berdasarkan kejayaan dan perubahan yang telah saya gerakkan di sekolah saya. Alhamdulillah

Nampaknya saya telah maju selangkah lagi dalam kerjaya saya. Saya berdoa DIA SWT meredhai saya dan kumpulan saya untuk menggapai kejayaan yang lebih besar kali ini.

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu nasib saya selepas ini. Saya bertawakkal padaNYA Subhanahu Wata'ala.