Sunday, September 24, 2006

Puasa! Jangan Tak Puasa

"Wahai org2 yg beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebgmn telah diwajibkan ke atas umat2 Islam terdahulu. Semoga kamu bertaqwa." (Al-Baqarah)

Tahun ini merupakan tahun kedua sy sekeluarga berpuasa di Oxford, rindu sgt dgn suasana berpuasa di Malaysia. Tapi takpelah, kerana sy dapat merasai pengalaman berpuasa di perantauan. Ok jugaklah. Byk pengalaman baru kami timba di sini.

Berbeza sgt berpuasa di sini dan di Malaysia. Antaranya kat sini suasana muslim menjalani ibadat puasa sgt berkurangan, masyarakat melayu di sini hanya mengadakan solat terawih secara berjemaah hanya sekali seminggu shj, pd hari lain pandai2lah aturkan sendiri. Kalau di Malaysia kita akan melihat semuanya akan sibuk ke masjid atau surau utk berterawih. Begitu juga dgn juadah berbuka, kalau di Malaysia byk juadah yg disediakan utk berbuka, tp di sini macam biasa je, kalau nak lebih kenalah masak sendiri. So kat sini makanan disediakan seperti hari2 biasa, cuma sekali sekala ada lah di masak lebih sedikit.

Rasanya kalau bab makan ni sy rasa di sini lebih senang, tak payah nak fikir sgt, semuanya simple je. Makan je apa yg dimasak, lgpun sy rasa lebih sihat bila takde budaya membeli makanan di pasar. Lg satu ttg waktu berbuka dan bersahur pun best gak. sbb waktu solat sekrg tak pelik atau ekstrim sgt, lebih kurang waktu kat Malaysia je, bila masuk minggu kedua dan seterusnya nanti waktu bersahur lebih lewat dan waktu berbuka lebih awal. Satu lg kelebihan berpuasa di sini ialah badan tak penat dan dahaga sgt sbb cuaca sejuk.

Sepanjang setahun setgh sy dah berada di Oxford ni sy dah berjaya hidupkan satu budaya iaitu bacaan Yaasin, tahlil dan tazkirah, alhamdulillah masih berjalan wlpn sebulan sekali. Begitu juga solat hari raya I'dilfitri dan I'diladha, sy dah berjaya mulakan utk kali pertama thn lps, thn ni pun insyaAllah akan diteruskan dan semoga warga Melayu Oxford akan teruskan sampai bila2. Ini perkembangan yg positif, teruskan.

Sy target pd thn ini ialah menghidupkan solat terawih di kalangan Melayu di sini wlpn sekali seminggu. Cara pertama sy ialah meringkaskan solat terawih dari 23 kpd 11 raka'at shj. Sy rasa dah byk masjid di Malaysia pun dah mula buat 11 raka'at je termasuk witir. Sy mmg sukakan sesuatu yg sederhana, wlpn apabila bertugas di Masjid di Malaysia sy diarahkan buat 23. Tp apabila dtg ke sini sy melihat terawih yg dijlnkan 23 tdk disertai sepenuhnya oleh org Melayu, samada mrk solat 8 shj dan balik atau berbual ataupun tak dtg langsung. Ini yg buat sy berfikir cara yg terbaik. Kalau 11 pun gagal juga terpulanglah kpd org2 Melayu di sini.

Sy lebih suka jika kita org2 melayu di sini boleh solat sama2 dan selesai sama2, makan sama2 dan berbual sama2, mengemas sama2 dan balik sama2. Lebih sepakat dan murni rasanya. Takde yg balik dahulu atau terpaksa tunggu terlalu lama utk mengemas dan balik.

Lg satu target sy ialah utk mempromosikan ifthar jamai'e (berbuka puasa secara berjemaah), sy dan isteri ada plan utk mengadakan jamuan berbuka sbyk 3 kali thn ni, mungkin tak mampu jemput semua, cuma mrk yg tertentu shj, iaitu warga baru Oxford dan jiran2 terdekat. Semoga kami beroleh rahmat dariNYA. Kalau semua Muslim tahu fadhilat dan ganjarannya sy pasti mrk juga tdk akan melepaskan peluang keemasan ini.

Tak ketinggalan juga target sy pd anak lelaki sy yg akan berumur 6 thn November ni, so kali ni alhamdulillah dia dah mula berpuasa selama 5-6 jam sehari. Tahniah hafiy Syafiqy. Tp bukan senang nak melatih hafiy yg asyik membebel je sepnjg dia berpuasa, kesian Hafiy. Sabar je lah.

Utk makluman semua pembaca blog sy, pd bulan Ramdhan ini sy akan khususkan tazkirah sy di blog ni utk hal2 yg berkaitan dgn Ramadhan dan puasa shj, insyaAllah.

Akhirnya kpd semua ahli keluarga sy dan isteri di UK dan Malaysia, semua kenalan di UK dan Malaysia, semua pelajar dan bekas pelajar sy di Malaysia serta semua pembaca yg sentiasa mengikuti perkembangan blog sy ini, sy dan isteri mengucapkan :

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DI BULAN INI DITERIMA OLEHNYA